Monday, June 22, 2009

TERKINI : Usahawan Bumiputera - mari bergabung bersama SIMBAZA


SIMBAZA – Peluang Pengeluar Bumiputera Memperluaskan Pasaran Dan Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat Malaysia

Peluang produk-produk bumiputra memasuki pasaran menerusi rangkaian-rangkaian pasaraya dan pasaraya besar ternama sering menjadi perbincangan. Bagi sebahagian pengeluar bumiputera, mungkin mempunyai pengalaman pahit dalam usaha mereka menempatkan produk-produk keluaran mereka ke sana.



Walaupun pihak kerajaan menerusi pelbagai Kementerian dan Jabatan tertentu berusaha membantu usahawan-usahawan, namun kerenah dari pihak pasaraya sering mengecewakan pembekal-pembekal dari golongan bumiputera ini.

Mengambil inisiatif dari fenomena yang berlaku, SIMBAZA akan diwujudkan dan dilancarkan dalam masa terdekat.


Simbaza adalah satu konsep perniagaan yang berasaskan Program Usahawan Sosial (Social Entrepreneurship) . Dibawah program ini SIMBAZA akan mengujudkan satu jaringan secara langsung antara pengeluar dan pengguna melalui rangkaian outletnya diseluruh Negara. Outlet akan terdiri dari kiosk, minimarket, tapak perniagaan dan supermarket serta hypermarket dalam jangkamasa panjang.


SIMBAZA juga dari masa kesemasa akan menganjurkan carnival bagi mengenengahkan produk-produk di bawah kelolaan SIMBAZA. Selain itu, SIMBAZA juga akan aktif menyertai pameran-pameran produk di dalam dan di luar Negara.

SIMBAZA diuruskan sepenuhnya oleh Simbaza Sdn. Bhd iaitu anak syarikat Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Ini bermakna, selain usaha SIMBAZA memartabatkan perniagaan dan produk-produk keluaran bumiputera dan membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat Malaysia, ianya juga berperanan terhadap kerja-kerja kebajikan yang mana sebahagian hasilnya disalurkan kembali kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan.


SIMBAZA buat masa ini sedang rancak mengumpul produk-produk dari pengeluar-pengeluar bumiputera yang berkelayakan dan juga dari mana-mana individu yang berminat menyertai SIMBAZA sebagai operator pengedar.

Kelayakan dan syarat-syarat yang ditetapkan bagi menyertai SIMBAZA termasuklah produk-produk berkenaan mestilah dihasilkan oleh pengeluar bumiputera atau diimport tunggal oleh pengimport bumiputera, telah disahkan status HALAL oleh badan-badan yang diiktiraf, samada telah atau belum mempunyai jenama sendiri dan mestilah bersedia untuk melakukan revolusi pemasaran. Produk-produk tersebut juga bolehlah samada makanan & minuman, pakaian, barangan kesihatan, bahan bacaan mahupun perkhidmatan.

Kepada yang berminat, silalah berhubung dengan pihak kami di talian Hotline
1 700 800 060 atau layari www.simbaza. com untuk mendaftar atau mengetahui keterangan lanjut.

Selain tanggungjawab sosial SIMBAZA dalam memertabatkan produk-produk bumiputera di persada pasaran, SIMBAZA juga berperanan mengadakan peluang pekerjaan kepada inidivu-individu yang baru diberhentikan kerja disebabkan kelembapan ekonomi global semasa mahupun kepada mana-mana rakyat Malaysia yang berjiwa usahawan dan berminat berniaga.

SIMBAZA akan melatih operator pengedar yang menyertai program SIMBAZA untuk menjadi pengedar berwibawa, profesional dan diiktiraf. Ini juga merupakan tanggung jawab sosial pihak SIMBAZA dalam mewujudkan jurujual-jurujual bumiputera yang setanding dipasaran yang semasa ini kelompok teramai yang melibatkan diri dalam kerjaya jurujual ini terdiri dari bukan bumiputera.

Kepada mana-mana individu yang meminati kerjaya ini, mahupun yang berhasrat memulakan perniagaan sendiri tetapi masih tercari-cari apakah perniagaan yang ingin diceburi, kami mempelawa anda menyertai program kami. Ianya akan memberikan banyak manfaat dan pengalaman kearah menjadikan suatu kerjaya dalam kehidupan mahupun sebagai ilmu awal dalam mengendalikan perniagaan sendiri kelak.

SIMBAZA akan mengadakan sessi taklimatnya yang pertama pada dalam tempoh terdekat ini di PNB Darby Park, Kuala Lumpur dan terbuka kepada pengeluar-pengeluar / pengedar tunggal yang berminat menyertai program ini. Tempat adalah terhad, dan pendaftaran awal amat digalakkan.

No comments:

Followers

Related Posts with Thumbnails