Monday, June 22, 2009

CADANGAN : Bawa balik Chin Peng Dan Bicarakan

salam,

saya agak bersetuju jika ada yg mengatakan ingin membenarkan chin peng pulang dengan tujuan kepentingan politik berasaskan kaum. Tetapi adalah sesuatu yg bodoh jika mengaitkan usaha membawa pulang itu sebagai mahu menimbulkan semula fahamam komunisme.

tapi, kenapa kita tidak bawa balik chin peng dan bicarakan beliau dimahkamah. Biar dia mempertahankan diri. Atau kenapa tidak ada ngo (well..pewaris ibrahim ali ke) membawa chinpeng ke mahkamah war crime diperingkat abangsa.

Jika chin peng dapat dikaitkan dgn pembunuhan kejam oleh pihak komunis, then biarkan beliau mati ditali gantung dinegara ini.

Setidak tidaknya dr amat jauhari dan mungkin ramai lagi akan merasa puas hati bahawa kekejaman komunis itu dapat dikaitkan dgn chinpeng dan membawa kepada keadilan yg dicari. Apa yg akan berlaku ialah jika chinpeng tidak dibawa balik, dia akan mati tanpa dibicarakan dinegara org.

Atau adakah terdapat kumpulan yg takut jika chinpeng dibawa pulang dan kemudian mengatakan sesuatu yg disorokan atau cuba ditutup oleh puak puak tertentu? Bukankah sejarah sesuatu negara itu selalunya ditulis oleh puak yang menang...... ..

hamdy
>>

Ayah saya diseksa sebelum disembelih'

BANGI 27 Mei - "Ayah dan bapa saudara saya diikat dengan tali antara satu sama lain, mereka diseksa, seluruh tubuh ditetak dan ditakik-takik sebelum leher kedua-duanya disembelih.

"Semasa ditemui, mayat kedua-duanya hanya tinggal rangka dan tulang, bercampur antara satu sama lain tanpa kepala, amat jelas kesan takikan bertubi-tubi seperti sebatang pokok kayu yang ditakik-takik bagi dikeluarkan getahnya."

Demikian cerita Profesor Dr. Amat Juhari Moain, bekas Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau berkata, jenazah bapanya, Moain Saridin @ Shahidin dan Hassan Akasah yang dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan oleh komunis itu kemudian dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Sungai Dulang Darat, Rengit, Batu Pahat Johor.

Mengimbas kejadian menyayat hati yang berlaku pada akhir Jun 1945 tetapi masih lagi segar di ingatan seolah-olah baru berlaku semalam, Amat Juhari, 69, berkata, semasa dia dan bapanya mandi di tepi Sungai Dulang pada waktu petang, mereka didatangi beberapa penduduk yang meminta bantuan.

Menurut beliau, arwah ayahnya, seorang ketua kampung, dimaklumkan mengenai penangkapan seorang alim yang dikenali dengan nama Wak Sulaiman oleh sekumpulan komunis.

"Adalah menjadi tanggungjawab arwah ayah untuk membantu anak buahnya, lantas dia yang berselempang kain merah segera bergegas ke kawasan hutan di pinggir kampung, kawasan yang menjadi persembunyian komunis itu dengan ditemani oleh Hassan.

"Sehingga lewat tengah malam ayah, Hassan dan Wak Sulaiman masih tidak pulang dan selepas beberapa minggu, langsung tiada berita mengenai mereka bertiga, sama ada hidup atau mati.

"Pada malam yang sama terdapat seorang Cina bersenjata mundar-mandir di kawasan rumah kami, seperti tidak membenarkan kami keluar mendapatkan bantuan.

"Keadaan itu berlarutan sehingga beberapa minggu menyebabkan kami sekeluarga menjelang malam terpaksa menyorok di kawasan pokok buluh berhampiran bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beberapa minggu selepas itu apabila keadaan telah menjadi aman, penduduk kampung mula berani keluar rumah untuk mengerjakan kebun masing-masing dan ketika itulah mayat Moain dan Hassan ditemui di bahagian hutan.

Sementara itu, Amat Juhari berkata, pada akhir Mei tahun sama, sebelum kejadian itu berlaku, sekumpulan kira-kira 20 komunis yang lengkap bersenjata mengunjungi bapanya di rumah bagi mempelawa dan meyakinkan arwah supaya menyertai kumpulan haram mereka, tetapi telah ditolak.

Tambah beliau, kekejaman komunis tidak hanya terhenti di situ malah ramai lagi penduduk kampung yang berpengaruh seperti penghulu, orang alim dan pendekar dibunuh kerana enggan memberikan sokongan dan kerjasama kepada mereka.

"Saya masih ingat lagi kejadian di Kampung Sungai Tongkang berhampiran kampung kami apabila komunis menyerang rumah penghulu, mereka tembak bertubi-tubi sebelum dibakar menyebabkan kira-kira 30 orang yang berlindung di rumah berkenaan mati," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, arwah bapanya sebenarnya telah menghidu lebih awal kegiatan komunis di negara ini apabila mendapat maklumat melalui pembacaan dalam Utusan Melayu dan Utusan Zaman yang dilanggan terus daripada Singapura pada masa itu.



Salam Perjuangan
hamdy 013 3696712 www. rancanghidup. blogspot. com

Buku Saya:
Rancang Hidup Rancang Wang Remaja RM15+pos Rm3
Satu Allah Tiga Aqidah RM17+pos rm3
Miang Miang Lelaki (sepatutnya berisi) RM16 + posRM2
RancangHidup RancangWang RM18 + posRM2

"Adalahmalang kalau anda menolak kebenaran kerana 'AKU' yg menulis, dan lebihmalang bila seorg terpelajar membuat kesimpulan secara pukul rata tanpameneliti dengan kepintaran yang ada"

No comments:

Followers

Related Posts with Thumbnails