Saturday, May 30, 2009

Jatuh Cinta atau Simpati ?

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai.

Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta? Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya.

Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah. Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata. Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta.

Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing. Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta.

Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu.

Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan. Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan.

Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa. Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya.

Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci.

Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi. Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya. Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah.

Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala. Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia.

Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh. Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya.

Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu.

Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain. Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya.

Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah.

Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu. Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya.

Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan. Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah.

Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah. Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah.

Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu. Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi.

Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud: “Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.” Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia.

Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya. Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh.

Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.” Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah.

Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu. Ada orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya.

Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.” Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.

ARTIKEL : Menggapai Kesabaran Dalam Keluarga.....

Menggapai Kesabaran Dalam Keluarga

Pada zaman Khalifah Al-Manshur, salah seorang menterinya, Al-Ashma'i, melakukan perburuan. Kerana terlalu asyik mengejar haiwan buruan, dia terpisah dari kelompoknya dan tersesat di tengah padang sahara.

Ketika rasa haus mulai mencekiknya, di kejauhan dia melihat sebuah khemah. Terasing dan sendirian. Dia memacu kudanya ke arah sana dan menemukan penghuni yang memukau; wanita muda dan jelita. Dia meminta air. Wanita itu berkata, "Ada air sedikit, tetapi aku persiapkan hanya untuk suamiku. Ada sisa minumanku. Kalau engkau ingin, ambillah".

Tiba-tiba wajah wanita itu tampak berwaspada. Dia memandang kepulan debu dari kejauhan. "Suamiku datang," katanya. Wanita itu kemudian menyiapkan air minuman dan kain pembersih. Lelaki yang datang itu lebih mudah disebut "manusia kasar". Seorang tua yang jelek dan menakutkan. Mulutnya tidak henti-hentinya mengherdik isterinya. Tidak satu pun perkataan keluar dari mulut perempuan itu. Dia membersihkan kaki suaminya, menyerahkan minuman dengan khidmat, dan memimpinnya dengan mesra masuk ke khemah.

Sebelum pergi, Al-Ashma'i bertanya, "Engkau muda, cantik, dan setia. Kombinasi yang jarang sekali terjadi. Mengapa engkau korbankan dirimu untuk melayani lelaki tua yang berakhlak buruk".

Jawapan wanita itu mengejutkan Al-Ashma'i, "Rasulullah bersabda, agama itu terdiri dari dua bahagian: syukur dan sabar. Aku bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan kepadaku kemudaan, kecantikan, dan perlindungan. Ia membimbingku untuk berakhlak baik. Aku telah melaksanakan separuh agamaku. Kerana itu, aku ingin melengkapi agamaku dengan separuhnya lagi, yakni bersabar."


Empat Bidang Kesabaran

Kesabaran dapat melahirkan keajaiban. Salah satunya tergambar dalam kisah di atas. Dengan kesabaran, wanita cantik tadi mampu berbakti kepada suaminya yang berakhlak buruk. Sesuatu yang terkadang sukar dicerna oleh rasional.

Tidak diragukan lagi, kesabaran adalah satu tiang penting dalam pernikahan setelah lurusnya niat. Kekal tidaknya sebuah pernikahan sangat ditentukan oleh seberapa jauh tingkat kesabaran yang dimiliki suami isteri. Makin banyak bekal kesabaran yang dimiliki, maka akan makin kukuh pula bangunan pernikahan yang dijalani. Tapi makin sedikit kesabaran yang dimiliki, maka makin besar pula kemungkinan hancurnya sebuah pernikahan.

Demikian pentingnya sabar dalam pernikahan, ada orang mengatakan; "Bila sebelum nikah kesabaran kita hanya satu, maka setelah nikah kesabaran kita harus seratus." Persoalannya, kesabaran bagaimanakah yang harus kita miliki dalam menjalani pernikahan?


Ada Empat Macam Bidang Kesabaran

Pertama :
Sabar menghadapi kekurangan pasangan. Pernikahan adalah kesimpulan terakhir setelah seseorang mempertimbangkan semua kekurangan dan kelebihan pasangan. Tidak pada tempatnya bila setelah menikah seorang suami mengeluhkan kekurangan yang ada pada isterinya. Demikian pula sebaliknya. Masing-masing harus menerima kekurangan atau kelebihan pasangannya dengan penuh kesabaran. Pernikahan adalah perantaraan untuk saling melengkapi, bukan untuk saling mengalahkan.

" Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. "
QS An-Nisaa' : 1

Salah satu hakikat sabar dalam pernikahan adalah menghilangkan keluh kesah pada saat tidak enaknya menghadapi segala kekurangan. Tidak ada keluh kesah selain pada Allah SWT. Kerana itu, Rasulullah SAW mengingatkan bahawa sesiapa sahaja yang menikah kerana ketampanan atau kecantikan, maka satu saat rupa tersebut akan menghinakannya. Kecantikan dan ketampanan itu sementara sifatnya, tidak kekal. Ketika belum menikah, pasangan kita begitu cantik, tapi setelah mempunyai anak maka kecantikan itu akan semakin menurun untuk kemudian hilang sama sekali setelah tua. Tanpa adanya kesabaran, sebuah rumahtangga tidak akan bertahan lama.


Kedua :
Sabar menghadapi godaan. Rumahtangga itu laksana perahu. Untuk mencapai pula kebahagiaan di syurga, perahu itu harus belayar mengharungi luasnya samudera masalah. Indahnya pernikahan analog dengan indahnya pantai. Namun jangan lupa, sesiapa sahaja siapa yang bertolak dari pantai untuk menyeberangi lautan, maka ia akan menemukan ganasnya ombak. Sesiapa saja yang tidak membawa bekal dan persiapan yang matang, tidak mustahil bahtera rumahtangganya akan karam ditelan gelombang.

Nikah adalah ikatan yang teramat suci lagi kuat, mitsaqan ghalidza, sehingga jangan dinodai dengan saling menyakiti. Dalam Al-Quran, kata mitsaqan ghalidza dipakai untuk menyebutkan ikatan antara Allah dengan RasulNya. Tidak akan pernah sukses seorang suami yang sering menyakiti isterinya. Walau awalnya bergelimang harta, sukses dalam kerjaya, tetapi pada suatu saat ia akan menemui kehancuran. Begitu pula seorang isteri yang tidak taat dan selalu menyakiti suaminya, hidupnya tidak akan berkah dan bahagia.

Kerana itu, suami isteri harus mempunyai komitmen untuk saling setia. Inilah hakikat mitsaqan ghalidza. Sehingga, menjaga tali pernikahan agar tetap kukuh adalah jihad akbar. Arasy' tidak akan bergoncang saat seseorang meninggalkan shaum wajib, tidak akan bergoncang saat seseorang lalai dalam sholat, namun ia akan bergoncang tatkala sepasangan suami isteri memutuskan untuk bercerai.

Pernikahan itu menandai bersatunya darah daging suami dan isteri. Kerana sudah bersatu, maka tidak mungkin lagi ada rahsia. Syurga boleh terbuka kerana pernikahan, dan neraka pun boleh terbuka lebar kerana pernikahan. Orang yang menyayangi isteri atau suaminya, mereka akan disayangi Yang Maha Penyayang. Rasulullah SAW bersabda;
" Orang-orang yang kasih sayang (al-rahimun) akan dikasih sayangi oleh yang Maha Kasih Sayang (Al-Rahman). Kerana itu kasih sayangilah manusia dibumi maka Dia yang di langit akan kasih-sayang kepadamu".


Ketiga :
Sabar menghadapi kekurangan dan keterbatasan rezeki . Berapa pun rezeki yang kita dapat , kita harus mampu mensyukurinya . Dengan syukur itulah Allah akan menolong rumahtangga kita dan melipat gandakan rezeki yang kita dapatkan . Allah SWT berfirman ;
" Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah ( nikmat) kepadamu , dan jika kamu mengingkari ( nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih "
QS Ibrahim : 7


Keempat :
Sabar menghadapi keluarga dari pihak suami atau isteri. Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW mengungkapkan bahawa pernikahan itu mengawali bertemunya dua keluarga besar . Kerana pertemuan dua keluarga, maka yang nikah bukan aku , tetapi kami . Berkaitan dengan hal ini , Imam Syafi 'i menganjurkan agar orang tua memilihkan jodoh untuk anaknya , dengan catatan anaknya harus saling mencintai .

Sesiapa pun yang akan menikah, maka ia harus sedia mempunyai dua ayah dan dua ibu . Ia pun harus bersedia menghurmati mertua sebagaimana menghurmati kedua orangtuanya.

"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."
QS Az-Zumar : 10

Sabar adalah sebuah kenescayaan. Kerana itu, dalam QS Az-Zumar Ayat 10, Allah SWT menjanjikan pahala luar biasa bagi orang yang sabar. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

Wallahua'lam.

INFO : Fakta-fakta menarik

Adakah anda tau?
1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna YoshidaKogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di duniayang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni.

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampumerosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyakmampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikanyang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan danbukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegasgambling casinos. Dengan ketiadaan jamakan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka.

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikitfilem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapatditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari oranglain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamukhanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimanamangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkansekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kumanberterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akantenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehinggake tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico Citytenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyakdi dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dansenang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di WashingtonD. C mengalahkan pendudukpenduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanyamenggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar,kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembalidan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untukbahagian bibirnya sahaja).

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah 'flutterby'.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentangfakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarikminat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.29. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office...Pelik bukan!.

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkantiada no 8. kan ? dan pasti ramai yang berhajat untuk checking tulisan padazip masing2?kekekekeee.. .!!!

OK dah pegi buat keja kekeke...!!!

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu

kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah

jadikan hatiku bersih"


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum

tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping

dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan

mencetuskan semua perkara kebaikan.


3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci

hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan

jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah

"Qulhu-allah" sebanyak 3X.


5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali

mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.

katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)


7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum

tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,

cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,

positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat

dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).


8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan

perkara-perkara kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu

kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).


10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.


13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.


14. Berkawan dengan ulama.


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .


16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar
orang mengumpat.



"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"

INFO : Buah Nona - Sedap dan berkhasiat

http://ceria.tv/petua/wp-content/uploads/2008/09/1124016760_9f1050f9f1.jpg

Buahnona.jpg image by Mommy_candid
http://i255.photobucket.com/albums/hh136/hazila_photos/IMG_2528.jpg

Inilah buah nona kesukaan aku masa kecik2 dulu.. buah ni pun dulu arwah ayah ada tanam juga kat kg.. tapi yg warna hijau tuu.. yg ni warna seakan2 meroon gelap ni dulu2 aku tak pernah nampak lagi.. Rasanya takde beza pun yg kulit hijau atau meroon gelap ni.. dua2 pun manis & sedapp Ada orang tak reti makan sebab buah ni byk biji..


Buah Nona, sedap namanya dan mudah pula untuk menanamnya.Dengan hanya menaburkan bijinya dan sedikit pembajaan, anda akan mendapat hasilnya dalam tempoh tiga suku tahun.

Selain itu, buah nona yang sering dibandingkana dengan buah epal juga mempunyai banyak bahan berkhasiat seperti protein, vitamin C, Kalsium dan Fosforus.

Ini bererti buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah(erytrocyte) , membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak.

Daunnya juga boleh dijadikan penawar bagi merawat bengkak nanah, merawat luka daripada dikerumuni lalat, penyakit cirit-birit dan radang usus(najis berdarah). Untuk setiap 100 gram buah nona jikalau dibandingkan dengan buah epal akan mengandungi:

Thursday, May 21, 2009

12 Fakta Penting Tentang Silikon

Memiliki payudara indah, hidung mancung, atau betis seksi lewat operasi bedah plastik memang menggiurkan. Tapi, tak sedikit yang mencemaskan efek sampingnya. Semak tanya-jawab berikut ini.

1. Apa itu silikon?
Silikon adalah polimer nonorganik yang bervariasi, dari cairan, gel, karet, hingga sejenis plastik keras. Beberapa karakteristik khusus silikon: tak berbau, tak berwarna, kedap air, serta tak rusak akibat bahan kimia dan proses oksidasi, tahan dalam suhu tinggi, serta tidak dapat menghantarkan listrik. Pertama kali ditemukan, digunakan untuk membuat lem, pelumas, katup jantung buatan, hingga implan payudara.

2. Jenis-jenis silikon apa saja yang digunakan untuk kesihatan dan kecantikan?
Terdapat 3 jenis silikon yang secara medis aman :

a. Silikon padat
Bentuknya menyerupai karet penghapus. Digunakan untuk katup jantung buatan, pengganti testis, kateter, serta persendian buatan. Dalam dunia bedah plastik, silikon padat biasanya digunakan untuk implan hidung, dagu, dan pipi. Beberapa tahun belakangan ini, silikon padat juga digunakan untuk membantu penderita gangguan ereksi, dengan menggunakan materi silikon padat yang dapat ditiup.

b. Silikon berbentuk gel dalam wadah silikon padat
Menyerupai dodol, dengan tingkat perlekatan molekul sangat baik. Digunakan untuk implan payudara/betis. Jika dibelah, tidak akan meleleh atau menyebar, tapi tetap mengikuti bentuk wadah penyimpannya.

c. Silikon cair
Silikon bentuk cair dalam dunia medis, menurut dr. Donny V. Istiantoro dari Jakarta Eye Center, digunakan dalam operasi retina. Retina dapat lepas dari posisinya karena berbagai faktor, sehingga perlu dibantu perlekatannya dengan silikon cair.

3. Apakah silikon aman bagi kesehatan?
Di dunia kedokteran modern, silikon dikategorikan sebagai bahan terbaik untuk melakukan perbaikan bagian tubuh, karena penolakan jaringan tubuh terhadap silikon tergolong rendah.

4. Jika memang aman, mengapa kita sering mendengar kasus pasien mengalami kerusakan wajah akibat suntikan silikon cair?
Menurut dr. Teddy O.H. Prasetyono dari Departemen Bedah Plastik FKUI, seorang dokter ahli bedah plastik tidak dibenarkan melakukan penyuntikan silikon cair. Biasanya penyuntikan silikon cair untuk memperindah bagian wajah dilakukan oleh tenaga nonmedis, tegasnya. Tarifnya yang relatif murah (sekitar Rp200.000/suntikan) , diduga materinya adalah silikon industri, yang membahayakan kesehatan.

5. Apakah penyuntikan silikon cair dapat berakibat kematian? Reaksi apa yang mungkin terjadi setelah penyuntikan?
Penyuntikan silikon cair tidak mengakibatkan kematian, tetapi dapat mengakibatkan kerusakan jaringan yang bersifat permanen. Kerusakan tersebut terjadi karena silikon cair yang disuntikkan langsung ke dalam tubuh —seperti sifat cairan umumnya— akan mencari tempat yang rendah. Sebagian silikon mungkin ‘berkumpul’ di tempat-tempat tertentu sehingga membentuk benjolan.

6. Bagaimana jika bentuk wajah sudah telanjur rosak? Apakah dapat diperbaiki kembali? Dapatkah silikon cair dikeluarkan dengan cara tradisional, seperti dipijat?
Secara logika kedokteran, silikon cair yang telanjur disuntikkan ke tubuh, tak mungkin dikeluarkan dengan cara dipijat-pijat. Satu-satunya cara dengan pembedahan.

7. Tindakan medis apa yang harus dilakukan untuk mengatasi kulit memerah atau wajah rosak setelah disuntik silikon cair?
Selama tidak terjadi infeksi, kulit yang merah-merah dapat diatasi dengan obat antiperadangan. Jika warna merah pada kulit tak kunjung hilang, dokter biasanya hanya dapat menganjurkan pasien memakai concealer untuk menutupinya.

8. Implan silikon payudara apa saja yang biasa digunakan dalam operasi memperindah payudara?
Ditinjau dari materi pengisinya, ada 3 jenis implan payudara, yaitu:

a. Implan berisi garam fisiologis (saline/NaCl)
Implan jenis ini biasanya dibungkus dalam kantong silikon, dan cenderung mudah bocor atau berkerut. Karena hanya berisi air, implan ini relatif kurang dapat dibentuk sesuai keinginan.

b. Implan berisi gel silikon padat
Implan ini juga dibungkus dalam kantong silikon, namun didesain khusus hingga terasa lembut dan fleksibel sehingga mudah dibentuk sesuai keinginan.

c. Implan berisi gel silikon yang kohesif
Menurut dr. Rod J. Rohrich, ketua American Society of Plastic Surgeons, implan jenis ini merupakan tipe terbaru. Di Amerika Serikat, populer dengan nama gummy bear breast implant. Gel kohesif seperti ini tak menyebar, bahkan jika kantong pembungkusnya bocor/dibelah.

9. Di bahagian payudara manakah silikon dipasang? Ada dua cara memasang implan silikon ke dalam payudara,yaitu:
a. Di balik kelenjar payudara, tepat di depan otot dada.
b. Di balik otot dada: dilakukan untuk pasien yang memiliki kelenjar payudara kecil .

10. Benarkah implan silikon dapat pecah atau bocor?
Implan silikon yang sudah dipasang di dalam payudara hanya akan mengalami kebocoran jika mengalami trauma luka dada yang parah (misalnya, dada ditusuk dengan benda tajam).

11. Benarkah implan silikon dapat menyebabkan kanser payudara?
Daya tolak reaksi jaringan tubuh terhadap silicone breast implant, menurut Prof. Dr. H. Muchlis Ramli dari Departemen Ilmu Bedah Onkologi FKUI, tergolong sangat rendah, sehingga sejauh ini tidak terbukti dapat menyebabkan kanser.
Kalaupun ada pesakit yang terbukti mengidap kanser setelah melakukan operasi, besar kemungkinan pesakit tersebut memang sudah memiliki ‘bakat’ kanser.

12. Apakah wanita tetap bisa menyusui jika payudaranya diaugmentasi dengan implan silikon?
Proses menyusui masih tetap dapat dilakukan, asalkan implan silikon dipasang di balik kelenjar payudara. Biasanya, dokter akan menganjurkan agar implan silikon dimasukkan lewat sayatan di bawah lipatan buah dada, sehingga sama sekali tidak mengganggu kelenjar payudara.

Kelebihan solat berjemaah

PENGERTIAN SOLAT BERJEMAAH

Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.

Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.

Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:

1.Fardhu ain pada solat Jumaat;
2.Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
3.Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.
Tuntutan berjemaah pada solat fardhu
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.

FADHILAT SOLAT BERJEMAAH

Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

Selepas ini insya-Allah akan diterangkan fadhilat-fadhilat tersebut untuk menjadi dorongan kepada kita semua agar cintakan solat berjemaah

Dinar Emas

DINAR DALAM MUAMALAT ISLAM

Islam mempunyai model ekonomi yang tersendiri. Model Islam bukannya kapitalis atau sosialis. Ia datang dari Al Quran dan Sunnah, sejarahnya selama 1400 tahun, dari permulaan Islam sehinggalah jatuhnya khilafah pada abad ke 20. Model Islam mempertahankan dan mengakui hak harta secara individu dan hak Allah ( waqaf ) dan mesti mengikut aqad – aqad yang dipersetujui oleh Islam.
Mu’amalat Islam menggunakan barangan fizikal (a’in) sebagai wang. Dinar emas dan dirham perak telah diketahui sebagai matawang shari’ah. Kedua barangan ini ( emas dan perak ) mempunyai status istimewa kerana disebut dalam Al Quran dan menjadi kayu ukur dalam pekara asas dalam Islam seperti zakat dan pekara berkaitan dengan hudud.

Dinar dan dirham adalah asas untuk mengekalkan kestabilan matawang. Matawang ini turun-naik tetapi ia tidak menyebabkan inflasi. Dinar dan dirham tidak menghadapi inflasi kerana ia tidak boleh diganti dengan wang hutang ( credit money ) kerana wang berdasarkan hutang tidak boleh digunakan sebagai matawang mengikut shariat Islam.

Didalam sebuah seminar Ekonomi Dinar Emas 2007; Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menyatakan bahawa " Sememangnya budaya ekonomi Islam adalah berteraskan dinar dan dirham. Dalam al-Quranul karim, perkataan dinar dan dirham ada termaktub dalam Surah Ali Imran ayat 75 dan juga dalam surah Yusof ayat 20. "

وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِقِنْطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ وَمِنْهُمْ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍ

لَا يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ إِلَّا مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَائِمًا

Maksudnya:

Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya…. .

(Surah Ali Imran : 75)

وَشَرَوْهُ بِثَمَنٍ بَخْسٍ دَرَاهِمَ مَعْدُودَةٍ وَكَانُوا فِيهِ مِنَ الزَّاهِدِينَ

Maksudnya:

Dan (setelah berlaku perundingan) , dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja...

(Surah Yusof : 20)

Kedua-dua ayat al-Quran ini menceritakan, bahawa penggunaan wang dinar dan dirham, telah pun berlangsung sejak ribuan tahun, sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w lagi.

Selain daripada ayat al-Quran, terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan, tentang penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang, sehingga ke zaman Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda : maksudnya:

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. Dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.

Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis di atas membuktikan bahawa, asas sistem matawang yang digunakan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, sejak zaman nabi-nabi yang terdahulu, sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w, adalah dalam bentuk mata wang dinar dan dirham.

Bahkan sistem inilah, yang telah diamalkan di sepanjang pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin, sehingga berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan atau Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 Masihi.

Sejarah juga telah membuktikan bahawa negeri Kelantan berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Siam suatu ketika dahulu, pihak Kerajaan Kelantan sentiasa membayar ufti kepada kerajaan Siam pada setiap tahun, dengan menghantarkan sebilangan kepingan-kepingan wang emas, yang digubah dalam bentuk bunga emas.

Ini membuktikan bahawa, penggunaan wang dinar emas bukan hanya digunakan umat Islam di Timur Tengah sahaja, tetapi telah digunakan secara meluas sehingga ke Asia Tenggara, termasuk Negeri Kelantan sejak ratusan tahun yang lalu.

Saranan supaya kembali kepada penggunaan wang dinar emas, sebagai teras ekonomi pada zaman globalisasi ini, bukanlah dimonopoli oleh penganut agama Islam sahaja.

Bahkan ramai juga ahli-ahali ekonomi dari kalangan bukan Islam, yang inginkan wang komoditi, khasnya dalam bentuk kepingan emas dan perak kerana kestabilan dan jaminan kebebasan yang dikandungnya.

Mereka berpendapat, alasan utama mengapa sistem wang komoditi seperti dinar emas, tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu, bukanlah disebabkan kekurangan kemahiran teknikal tetapi kerana wang komoditi mampu menggantikan sistem monetari konvensional.

Oleh kerana penggantian tersebut boleh menjadi ancaman besar, khasnya kepada kepentingan ekonomi Amerika dan Yahudi sedunia menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan itu gemar membuat alasan bahawa kononnya jika emas dan dinar dijadikan sebagai matawang ia akan mudah tercicir, atau poket akan cepat tembus, kerana berat membawa wang dari emas.

Emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dollar hanya pada awal tahun 1970-an. Wang dollar tidak lagi disandarkan kepada emas, tetapi nilainya turun naik mengikut gelora permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.

Justeru, kita perlu melihat usaha pengembalian dinar dan dirham ini, sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan lebih telus.

Bukannya satu agenda untuk meraih populariti. Bahkan sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan semula kefahaman umat Islam khasnya, berhubung peradaban dan sejarah penggunaan dinar dan dirham, serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang, terutamanya dengan mempelopori penggunaan dinar sebagai simpanan, mas kahwin, membayar zakat, pemberian hadiah, dan sedekah untuk bekal akhirat sebagai harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu, sebagai upah kepada perkhidmatan atau sumbangan yang tertentu dan sebagainya.

Sementara itu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed ketika membentangkan kertas kerja bertajuk " Dinar – Jalan kehadapan" dalam Persidangan Ekonomi Dinar Emas Antarabangsa 2007 berkata "Dengan menggunakan Dinar Emas, sebahagian daripada kuasa Sistem Perbankan Barat dan Dollar As akan terhapus. Dan hasil daripada itu, pengaruh negara-negara ini juga akan terhapus.

Selagi Sistem Kewangan Antarabangsa dan amalan perbankan sekarang dikekalkan, selagi itulah dunia akan terus didominasi oleh jurubank yang berkuasa. Mereka beroperasi melalui proksi, yakni menerusi kerajaan negara-negara Barat yang mereka biayai untuk menjadikan mereka berkuasa dari sudut ketenteraan.

"Sebaliknya jika kita enggan menggunakan Dinar Emas dalam perdagangan, negara Islam yang kaya sebenarnya akan memiskinkan dan melemahkan dirinya dan akan terus terdedah kepada tekanan kuasa Barat yang jelas membiayai pembunuhan umat Islam di Palestin, Iraq dan Afghanistan," katanya lagi.

Di Indonesia kajian yang dilakukan keatas kos menunaikan haji menunjukkan peningkatan kos dalam wang kertas rupiah sedangkan kos dalam dinar menurun. Pada tahun 1998 kos naik haji dalam dinar ialah 98 dinar menurun ke 68 dinar tahun 2000 dan menurun secara constant sehingga 46 dinar tahun 2007. Kos dalam rupiah meningkat sebanyak 2.5 kali ganda dan kos dalam dinar menurun sebanyak 1.5 kali ganda maknanya kos menurun 15 – 20 persen setahun. Sebab itulah di Indonesia ada Tabungan untuk disimpan dalam emas yang disebut sebagai Ongkos Naik Haji.

--
Muhammad Khalidi Ramli,
Vice Principal,
BIJAN International Sdn. Bhd (683313-V),
S-6, 2nd Floor, Wisma Dato' Lope,
Bt 7, Jln Cheras,
43200 - Cheras, Selangor Darul Ehsan.

Blog: www.pemudabijan. blogspot. com

Mekanisme Pertahanan Diri Binatang Yang Aneh

Katak yang mematahkan kaki-kakinya sendiri dan mengeluarkan cakar, kumbang yang menyemprotkan cairan panas pada musuhnya, ikan yang melingkupi musuhnya dengan casing tebal dari kotoran, atau semut yang bisa meletuskan tubuhnya. Ini semua hanya sedikit dari cara yang tidak biasa dari binatang untuk mempertahankan dirinya dari para predator. Memang aneh, tapi nyata. Inilah beberapa diantara mekanisme bertahan binatang yang aneh.




1. Semut yang Meletus



Ini benar-benar terjadi, satu jenis semut di Malaysia jika merasa ada bahaya yang mengancam akan menyebabkan tubuhnya meletus (mereka akan menunggu hingga musuhnya cukup dekat untuk dibunuh sebelum meledakkan diri). Tentara semut dari jenis camponotus saundersi ini memiliki kelenjar-kelenjar yang penuh dengan racun didalam tubuhnya. Ketika merasa ada bahaya mengancam, tubuhnya akan berkonstraksi, menyebabkan kelenjar-kelenjar itu meletus dan menyemburkan racun.

2. Ketimun Laut



Ketimun laut dapat merubah tubuhnya dalam keadaan yang berbeda-beda - dari padat menjadi lunak untuk mempertahankan dirinya. Dalam wikipedia dijelaskan seperti ini : "Seperti echinoderms lainnya, hewan ini mempunyai jenis kolagen di kulitnya yang mampu mengeluarkan atau menyerap lebih banyak cairan yanbg secara efektif merubah dirinya dari keadaan "cair" menjadi "padat". Mereka mampu merubah tubuhnya menjadi seperti bubur, kemudian menjadi potongan-potongan kecil dan menjadi gumpalan padat sehingga tidak bisa diurai."
Lebih ajaibnya dari sekedar membelah diri menjadi potongan-potongan yang merupakan bagian dari tubuhnya ; binatang ini juga merubah bagian dalam tubuhnya menjadi keluar sehingga cairan dari sistem pencernaanya dapat menjadi racun bagi musuhnya.

3. Hagfish




Hagfish di lautan pasifik memiliki cara yang menjijikkan untuk mempertahankan dirinya. Ketika sedang diserang, akan menyemburkan kotoran yang mampu mencekik dan bikin sesak napas dengan membungkus predatornya ke dalam bahan pekat dan lengket. Sayangnya, kadang-kadang binatang ini terjebak sendiri ke dalam mekanisme pertahanannya ini, tapi biasanya dia akan memilin-milin tubuhnya menjadi simpul-simpul untuk meloloskan diri dari perangkap lengket ini.



4. Katak Berambut



Katak berambut atau "katak horror" dengan sengaja mematahkan tulang-tulangnya sendiri dan menjadikannya seperti cakar kucing. Seperti Wolverwine, hanya kotor dan lebih menakutkan karena ini memang katak aneh. Para ilmuwan tidak mengerti kenapa cakarnya bisa ditarik kembali setelah menembus kulitnya. Menurut New Scientist: "Trichobatrachus robustus secara aktif mematahkan tulang-tulangnya sendiri untuk membuat cakar-cakar yang menusuk ujung jari kakinya, kemungkinan ini ketika merasa terancam."

5. Kumbang Bombardir



Kumbang bombardir mungkin kelihatannya seperti innocent, tapi binatang ini terkenal karena bisa menyemprotkan cairan panas dan beracun ke arah calon predatornya.

6. Kadal Bertanduk



Kadal bertanduk kelihatannya seperti kadal biasa yang ditemukan di bagian barat daya
Amerika. Kadal ini tidak menggunakan tanduknya sebagai alat pertahanan diri ketika diserang, melainkan dengan memompa rongga di hidungnya hingga darah yang mengalir di matanya meletus dan menyemburkan darah itu ke arah musuhnya.

7. Kuskus



Kuskus atau Skunk sebenarnya adalah mamalia kecil yang menarik dan beberapa orang juga menjadikannya binatang peliharaan. Kuskus adalah pemakan segala (omnivora) tapi akan mati jika tidak ada serangga atau lebah, makanan favorit mereka. Meski aroma mereka yang luar biasa bisa tercium hingga sangat jauh, penglihatan mereka sangat lemah, dan kebanyakan kuskus hanya mampu melihat hingga jarak 10 kaki saja. Akibatnya banyak yang tertangkap - separuhnya mati, karena diburu manusia. Seluruh anggota keluarga Mustelidae dapat menyemburkan bau, tapi kuskuslah yang paling dikenal. "Parfum" anus kuskus sangat powerful yang jika disemburkan langsung, korbannya akan mengalami kebutaan sesaat.

8. Tupai (Opossum)

Tupai berpura-pura mati

Tupai kecil yang lucu punya banyak trik untuk mekanisme pertahanan dirinya. Dia dapat berpura-pura mati! Dia bisa mengeluarkan busa di mulutnya sehingga predatornya akan mengaggapnya seperti keracunan, atau sakit. Hewan ini juga mengeluarkan cairan anus berwarna hijau yang baunya mirip aroma kuskus yang menyengat. Tupai berpura-pura mati yang sebenarnya seperti pingsan sesaat, sehingga membuat predator yang memang ingin membunuhnya enggan mendekatinya.

9. Kumbang Kentang



Kumbang Kentang (potato beetle) melindungi dirinya dengan bau yang menyengat untuk mennghidari dijadikan mangsa. Kotoran kumbang kentang ini sebenarnya beracun bagi predatornya. Dengan bau yang menyengat tapi cukup efektif!

Wednesday, May 20, 2009

Masih Perawan di Usia Ke 105


KETIKA mencari gadis perawan di sebuah kota besar sama sulitnya seperti menemukan ketiak ular, seorang perempuan suku Cornish - kelompok etnis di kawasan Cornwall, Inggris - mengaku masih perawan pada usianya yang ke 105.

Clara Meadmore menyebutkan, dia memutuskan sebagai seorang anak untuk tidak menikah atau berhubungan seks, dan hingga kini tetap mempertahankannya.

Kepada surat kabar Daily Mirror, Clara mengatakan, "Saya tak pernah tertarik atau tergoda untuk berhubungan seks. Saya membayangkan terlalu banyak perjuangan yang harus dilakukan untuk itu, dan saya selalu disibukkan oleh hal lain."

Menurutnya, sumpah itu telah ia ikrarkan sejak masih berusia 12 tahun. Clara lahir pada 1903, menghabiskan masa mudanya di Mesir, Kanada, dan Selandia Baru sebelum kembali ke kampung halamannya pada usianya yang ke 20an untuk menjadi sekretaris.


Ia menambahkan, "Saya tak pernah memiliki pacar ataupun terganggu oleh sebuah hubungan. Saya pernah memiliki banyak hubungan cinta platonis dengan berbagai pria, namun tak pernah merasa perlu untuk melanjutkannya lebih jauh."

Clara kini tingal di sebuah panti jompo di Perranporth, Cornwall. Sobat karibnya, Josie Harvey (72 tahun) yang mengunjunginya setiap hari mengatakan, "Barangkali dengan tidak pernah memiliki seorang pacar pun telah menjadikannya merasa muda sepanjang tahun."



sumber dailymail.co. uk

Ada Parasit yang Dapat Memakan dan Menggantikan Lidah



Mahluk ini dinamakan Cymothoa Exigua sejenis parasit yang hidup dalam tubuh ikan (untung bukan di tubuh kita), menempel pada dasar lidah ikan...khususnya ikan red snapper. Cymothoa Exigua menggunakan cakarnya untuk menggali lidah inang ikan tersebut den menghisap darahnya.
cymothoa exigua akan terus tumbuh dan lama kelamaan lidah ikan akan terus menerus kekurangan darah ..dan akhirnya lidah nya mati dan putus. saat lidahnya hilang ...sang parasit mengambil alih posisi lidah dengan tubuhnya. yang mengerikannya cymothoa exigua dapat menempel pada otot lidah ikan red snapper menyebabkan red snapper dapat menggunakan Cymothoa Exigua sebagai "lidah barunya".. dan selamanya akan begitu..hiiiy




High Concept, High Touch

KEKUATAN OTAK KANAN

Seorang teman mengatakan, bahwa dia benar-benar tidak punya jiwa seni. Belasan tahun dia tinggal di sebuah kota yang memiliki keindahan alam dan budaya luar biasa, tetapi dia baru ‘melihat’ keindahan itu setelah saya memotretnya dan menunjukkan foto-foto itu kepadanya (padahal saya hanyalah fotografer jadi-jadian, yang memotret hanya dengan ‘auto mode on’ …).

Betty Edwards dalam bukunya “Drawing on The Right Side of The Brain” (1979) menolak gagasan bahwa sebagian orang tidak memiliki kemampuan artistik. ‘Menggambar’ sesungguhnya tidaklah sulit, ia berkata. Yang menjadi masalah adalah ‘melihat’. Dan rahasia untuk melihat — benar-benar melihat — adalah menenangkan otak kiri yang serba tahu sehingga otak kanan yang lebih lembut mengerahkan kekuatannya yang luar biasa.

Otak kiri? Otak kanan?

Otak kita adalah ciptaan Allah yang luar biasa. Otak terdiri atas 100 milyar sel, masing-masing sel berhubungan dan berkomunikasi dengan 10.000 koleganya. Secara bersama-sama mereka membentuk jaringan dari satu quadrillion (1.000.000.000. 000.000) hubungan yang menuntun bagaimana kita berbicara, makan, bergerak, dan melakukan segala aktivitas hidup.

Dalam bentuk yang ‘mengerikan’ ini terdapat kemampuan yang melebihi kerja komputer paling canggih sekalipun. Otak kanan dan otak kiri, saling berdampingan.

Otak terdiri atas dua belahan, “otak kiri” dan “otak kanan”. Belahan kiri bersifat rasional, analitis, dan logis, sedangkan belahan kanan bersifat diam, tidak linear, dan naluriah. Belahan otak kiri berpikir secara berurutan, superior dalam analisa, dan mengendalikan kata-kata. Belahan otak kanan berpikir secara holistik, mengenali pola-pola, serta menafsirkan emosi-emosi dan ekspresi-ekspresi nonverbal.

Pada masa Hippocrates, para dokter percaya bahwa otak kiri adalah bagian tubuh kita yang paling penting. Tahun 1860 neurolog Perancis Paul Broca menemukan bahwa otak kiri mengontrol kemampuan berbahasa. Bahasa adalah kemampuan yang membedakan manusia dengan binatang. Oleh karena itu, sisi kiri otak adalah apa yang membuat kita menjadi manusia. Dua abad kemudian, terbukti bahwa pendapat ini keliru. Otak kanan memiliki fungsi yang berbeda, namun sama penting dengan otak kiri. Kedua belahan otak ini bekerja secara bersama-sama, menjadi dasar bertindak bagi seseorang dalam merespon apa yang terjadi di sekelilingnya.

Kemampuan berbahasa seseorang dikelola dari otak kiri. Namun, otak kanan tidak menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada otak kiri. Kedua sisi tersebut melakukan fungsi yang saling melengkapi.

“The Thinker”, patung karya Auguste Rodin (1902) yang sangat terkenal. Rodin sendiri adalah pemilik otak kanan yang sangat cemerlang

Setelah berbulan-bulan mendekati gadis idamannya, suatu ketika seorang pemuda mengajak sang gadis makan malam berdua di sebuah restoran. Setelah diam sejenak, si gadis tersenyum dan mengatakan bahwa makanan di restoran itu enak sekali, dan suasananya romantis. Otak kiri sang pemuda menerima informasi bahwa restoran yang akan mereka kunjungi menyajikan makanan enak dan suasana nyaman, sedang otak kanannya memberi tahu bahwa sang gadis siap menjalin hubungan yang lebih dekat dengannya. Otak kiri memahami teks, otak kanan menafsirkan konteks.

Sebagian orang lebih nyaman dengan penalaran yang logis dan berurutan seperti komputer. Mereka cenderung menjadi pengacara, akuntan, insinyur. Cara berpikir mereka adalah L-Directed Thinking, mengutamakan otak kiri. Sebagian orang yang lain lebih cocok dengan penalaran yang holistik, intuitif, non-linier. Mereka cenderung menjadi desainer, penghibur, seniman, konselor. Mereka berpikir secara R-Directed Thinking, lebih mengutamakan otak kanan.

Sketsa otak manusia yang dibuat oleh seniman Priyan Weerappul, di’masukkan’ ke dalam profil David karya Michelangelo.

Kalau kita menengok ke belakang, mulai dari abad ke-18, maka kehidupan manusia di muka bumi telah mengalami beberapa kali perubahan era. Pada abad ke-18, kita berada di Era Agrikultur, dimana manusia memenuhi kebutuhan hidupnya dengan menjadi petani. Pada abad ke-19, kita masuk ke Era Industri, manakala sebagian besar orang mencari penghidupan dari pabrik. Abad ke-20 adalah Era Informasi, yaitu ketika para ‘pekerja pengetahuan’ menguasai dunia dengan teknologi informasi digital. Nah, abad ke-21 adalah Era Konseptual, ketika teknologi sudah menjadi sedemikian mudah diperoleh, sehingga orang membutuhkan sesuatu yang lebih dari sekedar benda yang memiliki fungsi. Perubahan era pada tiap abad itu disebabkan oleh tiga hal, yaitu affluence, technology, dan globalization.

Kita telah pindah dari suatu perekonomian yang dibangun berdasarkan tenaga manusia kepada sebuah perekonomian yang didasarkan pada otak kiri manusia, dan ke depan perekonomian akan berubah lagi, berdasarkan pada otak kanan manusia. Teknologi tinggi tidak lagi cukup. Kita perlu melengkapi kemampuan-kemampuan teknologi tinggi dengan kemampuan-kemampuan yang merupakan high concept dan high touch.

Mozart, musiknya dikatakan mampu keningkatkan kecerdasan bayi yang masih ada dalam kandungan

High Concept mencakup kemampuan untuk menciptakan keindahan yang artistik dan emosional, untuk mendeteksi pola-pola dan peluang-peluang, menyusun repertoar yang mengesankan, dan menggabungkan ide-ide yang tampaknya tidak berhubungan ke dalam suatu penemuan baru.

High Touch mencakup kemampuan untuk memberikan simpati, memahami seluk beluk interaksi manusia, mendapatkan kesenangan dalam diri seseorang dan memberikannya kepada orang lain, dan melewati kehidupan sehari-hari dalam mencari tujuan dan makna.

Di Era Konseptual, seorang pemegang gelar MFA (Master of Fine Arts) lebih dibutuhkan perusahaan dan dunia bisnis dari pada seorang MBA (Master of Business Administration). Ketika ekonomi dan teknologi sudah berlimpah, maka untuk membedakan barang dan jasa yang ditawarkan adalah dengan membuatnya menjadi indah secara fisik dan menarik secara emosional. Maka kemampuan-kemampuan high concept dari seorang seniman seringkali lebih bernilai daripada keahlian-keahlian otak kiri.

Einstein, jenius yang eksentrik

Pada Era Konseptual, kita perlu melengkapi penalaran yang diarahkan otak kiri kita dengan menguasai enam kecerdasan penting yang diarahkan oleh otak kanan. Enam kecerdasan high concept, high touch ini akan membantu mengembangkan sebuah pikiran yang benar-benar baru, yang dituntut oleh era baru ini.

1. Tidak hanya fungsi, tapi juga DESAIN. Tidak memadai lagi menciptakan sebuah produk, jasa, dan gaya hidup yang semata-mata fungsional. Saat ini adalah saat yang secara ekonomi penting dan berharga bagi setiap orang untuk menciptakan sesuatu yang juga indah, fantastis, dan menarik secara emosional.

2. Tidak hanya argumen, tapi juga CERITA. Ketika hidup kita penuh dengan informasi dan data, mengumpulkan argumen saja tidaklah memadai. Seseorang entah dimana pasti akan menemukan sesuatu yang berbeda untuk mengcounter maksud kita. Di titik inilah persuasi, komunikasi, dan pemahaman diri diperlukan untuk menciptakan suatu kisah yang menarik.

3. Tidak hanya fokus, tapi juga SIMPONI. Banyak hal di era industri dan era informasi membutuhkan fokus dan spesialisasi. Namun ketika pekerjaan ‘kerah putih’ dialihkan ke Asia (seperti misalnya teknologi komputer ke India), dan direduksi ke dalam software, ada sebuah penghargaan pada kecerdasan sebaliknya : menggabungkan bagian-bagian, atau membentuk simponi. Apa yang menjadi permintaan terbesar saat ini bukanlah analisa namun sintesa, melihat keseluruhan perspektif, melintasi batasan-batasan, dan dapat mengkombinasikan bagian-bagian terpisah ke dalam satu kesatuan baru yang mengesankan.

4. Tidak hanya logika, tapi juga EMPATI. Pemikiran logis adalah salah satu hal yang membuat kita menjadi manusia. Namun dalam sebuah dunia yang penuh dengan informasi dan alat-alat analitis yang maju, logika saja tidak cukup lagi. Apa yang akan membuat seseorang atau satu kelompok lebih maju adalah kemampuan mereka untuk memahami relasi dengan orang lain, mempererat hubungan, dan peduli kepada orang lain.

5. Tidk hanya keseriusan, tapi juga PERMAINAN. Sudah pasti setiap pekerjaan harus dipikirkan secara serius, tetapi bersikap tenang, memiliki selera humor yang baik, dan kemampuan untuk bermain membuat terciptanya keseimbangan dan tercapainya kesuksesan.

6. Tidak hanya akumulasi,tapi juga MAKNA. Kita hidup dalam dunia yang berisi kelimpahan materi. Kesejahteraan itu membebaskan kita dari perjuangan sehari-hari untuk sekedar mempertahankan hidup. Kita memiliki kebebasan untuk memperoleh kesenangan-kesenang an yang lebih bermakna : tujuan, transendensi, dan pemenuhan spiritual.

(Sumber : “Misteri Otak Kanan Manusia”, Daniel H. Pink, 2007, foto : Wikipedia)

__._,_.___

Followers

Related Posts with Thumbnails