Thursday, May 21, 2009

Dinar Emas

DINAR DALAM MUAMALAT ISLAM

Islam mempunyai model ekonomi yang tersendiri. Model Islam bukannya kapitalis atau sosialis. Ia datang dari Al Quran dan Sunnah, sejarahnya selama 1400 tahun, dari permulaan Islam sehinggalah jatuhnya khilafah pada abad ke 20. Model Islam mempertahankan dan mengakui hak harta secara individu dan hak Allah ( waqaf ) dan mesti mengikut aqad – aqad yang dipersetujui oleh Islam.
Mu’amalat Islam menggunakan barangan fizikal (a’in) sebagai wang. Dinar emas dan dirham perak telah diketahui sebagai matawang shari’ah. Kedua barangan ini ( emas dan perak ) mempunyai status istimewa kerana disebut dalam Al Quran dan menjadi kayu ukur dalam pekara asas dalam Islam seperti zakat dan pekara berkaitan dengan hudud.

Dinar dan dirham adalah asas untuk mengekalkan kestabilan matawang. Matawang ini turun-naik tetapi ia tidak menyebabkan inflasi. Dinar dan dirham tidak menghadapi inflasi kerana ia tidak boleh diganti dengan wang hutang ( credit money ) kerana wang berdasarkan hutang tidak boleh digunakan sebagai matawang mengikut shariat Islam.

Didalam sebuah seminar Ekonomi Dinar Emas 2007; Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menyatakan bahawa " Sememangnya budaya ekonomi Islam adalah berteraskan dinar dan dirham. Dalam al-Quranul karim, perkataan dinar dan dirham ada termaktub dalam Surah Ali Imran ayat 75 dan juga dalam surah Yusof ayat 20. "

وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِقِنْطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ وَمِنْهُمْ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍ

لَا يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ إِلَّا مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَائِمًا

Maksudnya:

Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya…. .

(Surah Ali Imran : 75)

وَشَرَوْهُ بِثَمَنٍ بَخْسٍ دَرَاهِمَ مَعْدُودَةٍ وَكَانُوا فِيهِ مِنَ الزَّاهِدِينَ

Maksudnya:

Dan (setelah berlaku perundingan) , dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja...

(Surah Yusof : 20)

Kedua-dua ayat al-Quran ini menceritakan, bahawa penggunaan wang dinar dan dirham, telah pun berlangsung sejak ribuan tahun, sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w lagi.

Selain daripada ayat al-Quran, terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan, tentang penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang, sehingga ke zaman Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda : maksudnya:

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. Dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.

Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis di atas membuktikan bahawa, asas sistem matawang yang digunakan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, sejak zaman nabi-nabi yang terdahulu, sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w, adalah dalam bentuk mata wang dinar dan dirham.

Bahkan sistem inilah, yang telah diamalkan di sepanjang pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin, sehingga berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan atau Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 Masihi.

Sejarah juga telah membuktikan bahawa negeri Kelantan berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Siam suatu ketika dahulu, pihak Kerajaan Kelantan sentiasa membayar ufti kepada kerajaan Siam pada setiap tahun, dengan menghantarkan sebilangan kepingan-kepingan wang emas, yang digubah dalam bentuk bunga emas.

Ini membuktikan bahawa, penggunaan wang dinar emas bukan hanya digunakan umat Islam di Timur Tengah sahaja, tetapi telah digunakan secara meluas sehingga ke Asia Tenggara, termasuk Negeri Kelantan sejak ratusan tahun yang lalu.

Saranan supaya kembali kepada penggunaan wang dinar emas, sebagai teras ekonomi pada zaman globalisasi ini, bukanlah dimonopoli oleh penganut agama Islam sahaja.

Bahkan ramai juga ahli-ahali ekonomi dari kalangan bukan Islam, yang inginkan wang komoditi, khasnya dalam bentuk kepingan emas dan perak kerana kestabilan dan jaminan kebebasan yang dikandungnya.

Mereka berpendapat, alasan utama mengapa sistem wang komoditi seperti dinar emas, tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu, bukanlah disebabkan kekurangan kemahiran teknikal tetapi kerana wang komoditi mampu menggantikan sistem monetari konvensional.

Oleh kerana penggantian tersebut boleh menjadi ancaman besar, khasnya kepada kepentingan ekonomi Amerika dan Yahudi sedunia menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan itu gemar membuat alasan bahawa kononnya jika emas dan dinar dijadikan sebagai matawang ia akan mudah tercicir, atau poket akan cepat tembus, kerana berat membawa wang dari emas.

Emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dollar hanya pada awal tahun 1970-an. Wang dollar tidak lagi disandarkan kepada emas, tetapi nilainya turun naik mengikut gelora permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.

Justeru, kita perlu melihat usaha pengembalian dinar dan dirham ini, sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan lebih telus.

Bukannya satu agenda untuk meraih populariti. Bahkan sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan semula kefahaman umat Islam khasnya, berhubung peradaban dan sejarah penggunaan dinar dan dirham, serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang, terutamanya dengan mempelopori penggunaan dinar sebagai simpanan, mas kahwin, membayar zakat, pemberian hadiah, dan sedekah untuk bekal akhirat sebagai harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu, sebagai upah kepada perkhidmatan atau sumbangan yang tertentu dan sebagainya.

Sementara itu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed ketika membentangkan kertas kerja bertajuk " Dinar – Jalan kehadapan" dalam Persidangan Ekonomi Dinar Emas Antarabangsa 2007 berkata "Dengan menggunakan Dinar Emas, sebahagian daripada kuasa Sistem Perbankan Barat dan Dollar As akan terhapus. Dan hasil daripada itu, pengaruh negara-negara ini juga akan terhapus.

Selagi Sistem Kewangan Antarabangsa dan amalan perbankan sekarang dikekalkan, selagi itulah dunia akan terus didominasi oleh jurubank yang berkuasa. Mereka beroperasi melalui proksi, yakni menerusi kerajaan negara-negara Barat yang mereka biayai untuk menjadikan mereka berkuasa dari sudut ketenteraan.

"Sebaliknya jika kita enggan menggunakan Dinar Emas dalam perdagangan, negara Islam yang kaya sebenarnya akan memiskinkan dan melemahkan dirinya dan akan terus terdedah kepada tekanan kuasa Barat yang jelas membiayai pembunuhan umat Islam di Palestin, Iraq dan Afghanistan," katanya lagi.

Di Indonesia kajian yang dilakukan keatas kos menunaikan haji menunjukkan peningkatan kos dalam wang kertas rupiah sedangkan kos dalam dinar menurun. Pada tahun 1998 kos naik haji dalam dinar ialah 98 dinar menurun ke 68 dinar tahun 2000 dan menurun secara constant sehingga 46 dinar tahun 2007. Kos dalam rupiah meningkat sebanyak 2.5 kali ganda dan kos dalam dinar menurun sebanyak 1.5 kali ganda maknanya kos menurun 15 – 20 persen setahun. Sebab itulah di Indonesia ada Tabungan untuk disimpan dalam emas yang disebut sebagai Ongkos Naik Haji.

--
Muhammad Khalidi Ramli,
Vice Principal,
BIJAN International Sdn. Bhd (683313-V),
S-6, 2nd Floor, Wisma Dato' Lope,
Bt 7, Jln Cheras,
43200 - Cheras, Selangor Darul Ehsan.

Blog: www.pemudabijan. blogspot. com

No comments:

Followers

Related Posts with Thumbnails