Thursday, September 3, 2009

Kereta XBox



Kereta dah macam games tapi jangan bawa macam main game pula kerana kalau dalam games kalau mati pun boleh main balik tapi kalau live nyawa tak boleh nak "play again!"

Lagi gambar-gambar kereta yang dihias dengan pelik tapi menarik di blog
STRANGE WORLD

Monday, June 22, 2009

INFO : Perbezaan Sifat Lelaki dan Perempuan

(L) Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.

(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran

(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan

(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga

(L) Berfikir jangka panjang dalam pelbagai perkara, penyelesaian untuk kebaikan jangka panjang
(P) Berfikir cara pendek yang lebih hanya untuk selesaikan sesuatu cara dengan cepat


http://dennisthemen ace87.blog. friendster. com

TIPS : Teknik Rundingan Untuk Dapat Rumah Murah

Pasti membuatkan anda terfikir sejenak kenapa setiap kali mencari rumah untuk dijual atau disewa, pasti anda tersepak nombor-nombor telefon agen hartanah.

Yup! seperti tajuk diatas, ini boleh dikatakan satu rahsia-kerahsiaan keramat pada agen atau penjual, ia tetap tidak mengganggu gugat agen-agen hartanah ini. Jadi ape lagi yang kita tunggu? jom gali dalam-dalam… dan dibawah adalah satu teknik rundingan rahsia untuk mendapatkan harga rumah murah kerana agen-agen hartanah ini telah tewas ditangan anda. ha..ha..haaa…

1. Pertama sekali apabila anda memperolehi nombor telefon agen, tanya harga rumah berapa, lokasi dimana, dan bila boleh jumpa. Jangan tawar menawar harga didalam telefon! 99% anda tidak akan berjaya.. melainkan agen itu masih kanak-kanak. Selepas set masa perjumpaan untuk melihat rumah, nilai rumah tersebut dari pelbagai sudut. Jika berminat buat tawaran ini. Tawarkan agen harga genap. Ini kerana kebiasaan agen akan menaikkan harga rumah didalam 2ribu - 3ribu kerana mereka tahu anda mesti akan meminta diskaun. Tetapi jika anda tidak minta kurang… mereka akan terus “stick” pada harga awal tadi. Jadi mintalah kurang sedikit!

2. Buat-buat bodoh dan tanya pasal banyak benda dalam rumah. Cakap perlahan-lahan, seperti nada minta tolong, dan jangan berlagak nak tunjuk pandai tak tentu pasal - tidak perlu nak tunjuk anda tu pandai giler pasal hartanah nih. Kebiasaan penjual akan mula tarik “handbreak” dan merasa orang pandai-pandai ini hendak mengambil kesempatan pada mereka. Dan sudah pasti beliau akan mula menjauhi diri dari anda dan mengatakan ‘amacam okay tak? kalau okay kita proses loan nanti saya akan rekomen sorang -dua bank paling best.” anda tahu? itu sebenarnya ayat penutup. Bagi agen… jika anda tidak membelinya tidak mengapa. Kerana pasti ada orang yang mahukan rumah tersebut. Jadi dia sudah mula tidak mahu berurusan dengan anda. Jadi jangan tunjuk terer depan diorang.

3. Jika agen terlalu mendesak dan tidak boleh dibawa bincang, gunakan teknik had kuasa. Seperti “saya kena bincang dengan org rumah saya” atau “saya kena bincang dengan mak saya”. Penjual atau agen itu akan memahami anda, sebab lebih mudah memahami yang anda tidak mampu membuat keputusan dari membebel-bebel untuk yakinkan anda pada benda yang tak tentu.

4. Jika anda bertanyakan sesuatu, dan penjual atau agen itu tidak dapat menjawabnya. Jangan pula anda gelakkan dia. Angguk saja tanda anda faham… sebab matlamat kita bukan jawapan itu tetapi harga rumah mesti kena turun.

5. Cakap sesuatu yang anda tidak perlukan. Ini akan membuatkan penjual mula berkira-kira. Contoh “saya tak mahukan peti sejuk ini, jika saya tolak sekali dengan perabut-perabut ini berapa boleh kurang? Kemungkinan besar anda akan dapat harga yang anda mahu.

6. Cuba buat muka sedih dan nampak macam putus asa. Katakan “Entah laa, saya pun tak tahu…” In iakan membuatkan penjual bersemangat untuk memotivasikan anda dan dekat sini mungkin akan terkeluar janji-janji yang best-best untuk anda. Jadi buatkan mereka berasa berjaya menyakinkan anda. Padahal didalam hati anda memang hendak sangat rumah ni. Tapi kalau dapat kurang sikit lagi harga dia mesti best.

7. Buatkan agen itu berasa selesa bekerja dengan anda, kerana lagi anda ramah dan memahami dia, lagi mudah la anda untuk berunding mengenai harga.

8. Selepas tengok rumah, ajak penjual atau agen itu pergi minum dekat kedai. Sambil-sambil kena teh tarik kurang manis, teruskan perbincangan mengenai hartanah tadi. Ini akan membuatkan agen tadi mula menganggap anda sebagai kawan. Bila dia mula menganggap anda sebagai kawan.. boleh la anda tawar-menawar harga kawan-kawan…

9. Jangan banyak tanya mengenai kehidupan peribadi agen atau penjual. Tidak perlu jadi macam polis, cukup sekadar maklumat umum. Dari situ cerita sedikit masalah anda dan mengapa anda mahu tinggal disini. Teknik ini akan membuatkan agen berasa ingin membantu anda habis-habisan.

10. Yang paling akhir. Setelah kesemua langkah diatas digunakan, berterus terang pada agen dan minta berapa harga paling rendah yang boleh diberi. Jika anda tidak berpuas hati. Minta tolong agen menelefon tuan rumah jika dapat, dan minta agen itu memperkenalkan anda didalam telefon. Minta untuk bercakap dengan tuan rumah, katakan yang anda telah melawat rumah beliau dan rasa tertarik dengan suasana sekeliling. Selepas tu barulah anda komplain sikit pasal dinding-dinding yang pecah, pintu bilik air rosak. Jadikan keburukan rumah itu untuk mendapatkan diskaun. Katakan “Jadi… saya kena buat itu dan ini.. mungkin ambik kos dalam 7-8ribu untuk baik pulih.” kata anda. Jika tuan rumah itu benar-benar mahu menjual rumah beliau, pasti dia kan memberi anda diskaun sebanyak RM10ribu. Dengan ini anda telah dapat berjimat dan “mission” anda telah berjaya!

Huureyyy!!

Anda boleh meluangkan banyak masa untuk mencari rumah yang murah. tetapi dengan teknik rundingan yang betul anda boleh membeli mana-mana jenis rumah dengan harga murah. jadi apa salahnya jika anda cuba menguasai rahsia keramat ini untuk mendapatkan rundingan harga rumah murah dengan agen. Agen yang meletakkan harga tinggi kebiasaannya adalah arahan tuan rumah. Mereka -mereka ini hanya mengikut perintah.

Semoga berjaya….

Followers

Related Posts with Thumbnails