Salam semua!
Agak lama juga tak bercerita pasal kek lapis kan. Minggu lepas dalam kesibukan bermacaron, saya telah membuat kek lapis sarawak yang bercorak sebanyak 2 buku. Suka sangat bila dapat buat kek lapis bercorak ini, untuk buat penambahbaikan semasa membuatnya. layan gambar dulu ye..
Sebenarnya membuat kek lapis memerlukan kesabaran dan ketenangan masa membuatnya:D Pemahaman tentang konsep membuatnya juga penting bagi membolehkan kita membuat kerja dengan lebih tenang.
Okay, dah layan gambar kek lapis bercorak, kita tengok pulak cara nak buat Lapis Legit Prune. Membuat Kek ini memang mencabar kerana resipinya tidak ada bahan-bahan yang membantu kek mengembang dengan baik. Ia bergantung kepada kekuatan memukul pada telurnya. Hmm..lebih kurang 11 biji kuning telur:D
Telur & Gula dipukul sehingga kembang seperti gambar di bawah
Pukul Mentega sehingga putih
Tepung Gandum & Rempah Spekok
Masukkan ke dalam adunan telur & gula yang telah dipukul
Digaul menggunakan spatula. SPATULA ya:D
Masukkan adunan ke dalam loyang 9x9, berat 100gram setiap lapis ye.
Taburkan buah prune, bakar
Then bakar lagi, sampai habis adunan
Keluarkan baking sheet.
Potong cket (jangan putus ya) 1/2 inci dari kek.
Gulungkan dia...Siap:D
Resipinya : Nanti ye saya update..tak sempat nak cari kat PC..
--
Juraiza aka Nomie
016-2951473
www.keklapis.com
www.keklapis.com
2 comments:
terliur sgt2.. nmpk sedap..
sdap. .tringin nk blajar buat. .
Post a Comment