Thursday, March 17, 2011

RESEPI : Membuat Lapis Legit Gulung Prune

Salam semua!
Agak lama juga tak bercerita pasal kek lapis kan.  Minggu lepas dalam kesibukan bermacaron, saya telah membuat kek lapis sarawak yang bercorak sebanyak 2 buku. Suka sangat bila dapat buat kek lapis bercorak ini, untuk buat penambahbaikan semasa membuatnya.  layan gambar dulu ye..
klbercorak1
klbercorak2

Sebenarnya membuat kek lapis memerlukan kesabaran dan ketenangan masa membuatnya:D  Pemahaman tentang konsep membuatnya juga penting bagi membolehkan kita membuat kerja dengan lebih tenang.
Okay, dah layan gambar kek lapis bercorak, kita tengok pulak cara nak buat Lapis Legit Prune.  Membuat Kek ini memang mencabar kerana resipinya tidak ada bahan-bahan yang membantu kek mengembang dengan baik.  Ia bergantung kepada kekuatan memukul pada telurnya.  Hmm..lebih kurang 11 biji kuning telur:D

kg16


kg1
Telur & Gula dipukul sehingga kembang seperti gambar di bawah
kg4
kg5
kg2
Pukul Mentega sehingga putih
kg3
Tepung Gandum & Rempah Spekok
kg6.
Masukkan ke dalam adunan telur & gula yang telah dipukul
kg8
Digaul menggunakan spatula.  SPATULA ya:D
kg9
Masukkan adunan ke dalam loyang 9x9, berat 100gram setiap lapis ye.

kg11
Taburkan buah prune, bakar
kg12
Then bakar lagi, sampai habis adunan
kg13
Keluarkan baking sheet.
kg14
Potong cket (jangan putus ya) 1/2 inci dari kek.
kg15
Gulungkan dia...Siap:D
Resipinya : Nanti ye saya update..tak sempat nak cari kat PC..

-- 
Juraiza aka Nomie
016-2951473
www.keklapis.com



INFO : Rahsia Hidup Sampai 100 Tahun.



Umur manusia memang ditentukan oleh Tuhan. Namun, menurut kajian terbaru dari Denmark, mereka yang lahir setelah tahun 2000 punya kesempatan untuk hidup sampai 100 tahun!  Untuk Anda yang lahir sebelum tahun 2000, jangan putus asa kerana sebenarnya kita juga boleh menambahkan panjang usia harapan hidup.
Genetik dan kemujuran memang berperanan besar dalam panjang pendeknya usia seseorang. Namun, kedua faktor itu tidak boleh dikawal "Padahal, masih ada banyak faktor lain yang boleh kita uruskan. Kuncinya adalah dengan melakukan hidup sehat," kata Walter Bortz II dari Stanford University. Misalnya saja mengurangi stress akan menambah usia hingga 6 tahun atau selalu makan sayuran dan buahan akan menambah usia 5 tahun, dan masih banyak lagi.
Bertambahnya usia memang tidak boleh dihindari. Namun, menurunnya kesihatan bukannya tidak boleh dihindari. Wujudkan cita-cita untuk hidup sehat sampai usia lanjut dengan beberapa tips berikut:

1. Hiburan berkala
Salah satu cara untuk terlihat lebih muda dari usia sebenarnya adalah dengan menyempatkan diri untuk berhibur. Kegiatan ini akan membuat tubuh dan fikiran anda lebih rileks sehingga efek buruk stress tidak terjadi. Membiarkan ketegangan berkepanjangan sama saja dengan meletakkan jari Anda pada tombol "maju" pada remote control biologis Anda.

2. Cukup tidur
Tahukah Anda, kurang tidur akan menyebabkan kesempatan sel-sel tubuh untuk memperbaiki diri berkurang. Aturlah waktu tidur 6-7 jam setiap malam. Kebiasaan ini konon akan menambah usia Anda dua tahun lebih panjang.

3. Seks secara teratur
Kegiatan seks yang menyenangkan kedua belah pihak akan membantu tubuh mengeluarkan hormon antistres, oksitosin. Aktiviti seksual juga akan membakar 200 kalori.

4. Buah dan sayur segar
Penelitian yang dilakukan di beberapa tempat yang populasi penduduknya berumur panjang dan dalam keadaan sihat, seperti di Okinawa (Jepun) atau daerah Hunza (Pakistan), menunjukkan bahawa mereka rutin memakan buahan dan sayuran segar. Mereka juga membatasi menu lemak, gula, dan garam.

5. Olahraga
Nasihat ini memang klise, tetapi harus diakui bahawa olahraga terbukti membuat tubuh lebih sehat. Mereka yang terbiasa berolahraga sejak muda akan hidup sampai lanjut usia dengan energi dan gairah hidup luar biasa.

6. Miliki hobi
Pertajam otak Anda dengan melakukan kegiatan yang menyenangkan. Beberapa jenis permainan juga terbukti akan mengasah otak. Misalnya bermain catur atau bermain video games Tetris. Penelitian yang dilakukan di Meksiko menunjukkan bahwa bermain Tetris 30 minit setiap hari akan menunda kerosakan otak.

7. Berbuat baik
Berbuat baik janganlah ditunda-tunda. Sebuah penelitian menunjukkan, mereka yang punya kebiasaan berbuat baik kepada sesamanya kebanyakan boleh mencapai usia lebih dari 80 tahun. Penelitian lain menunjukkan, kegiatan sosial akan menyeimbangkan kesihatan fisik dan jiwa.
http://health.kompas.com/read/2011/03/15/12245132/Rahasia.Hidup.sampai.100.Tahun


TIPS : Dilema melayari rumahtangga bersama duda

Jodohku bekas suami orang!


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Cinta itu buta, tidak kira usia mahupun status. Biarpun ramai gadis membayangkan bertemu jodoh dengan pasangan seusia, tetapi bukan hak kita untuk menentukannya. Segala-galanya ditentukan yang Maha Kuasa. Biar bujang teruna jadi pilihan, namun siapa tahu, rupa-rupanya jodoh anda dengan duda atau bekas suami orang.

Apapun jika itu ketentuan-Nya, terimalah dengan hati terbuka dan pelajarilah bagaimana cara berhadapan dengan lelaki berstatus duda ini. Mungkin tiada banyak masalah jika suami, duda tanpa anak. Tetapi situasi yang berbeza jika si duda yang jadi pilihan anda punya anak yang dipeliharanya sendiri. Ði sinilah kebijaksanaan, kesabaran dan kematangan diperlukan.

Laman-Seri kali ini memberikan sedikit sebanyak tips bagi wanita yang mungkin dalam dilema melayari alam rumahtangga bersama pasangan hidup yang bergelar duda.

1 – Bersedia atau tidak

Inilah pokok persoalan utama yang harus anda hadapi. Ia bukan berkaitan dengan tentangan yang mungkin bakal anda hadapi dari keluarga, sebaliknya diri anda sendiri. Mungkin pada dasarnya anda mencintainya, tetapi agak sukar untuk anda menerima dirinya kerana anda perlu berkongsi dengan anak-anaknya juga.

Tepuk dada, tanyalah selera. Kalau anda bersedia untuk mengharungi semua dugaan dalam memilih hidup, maka teruskanlah niat anda untuk memilih duda sebagai calon hidup anda.

2 – Belajar menyayangi anaknya

Berkahwin dengan duda mungkin menjadikan ada ibu ‘segera’ dan memberikan anda gelaran ibu tiri. Namun jangan sesekali bersikap seperti ibu tiri dalam drama Bawang Putih Bawang Goreng Merah. Biarpun bukan dari darah daging sendiri, tetapi anda juga perlu belajar menyayangi atau setidak-tidaknya belajar menyenangi anak-anaknya.

Anak yang diasuh anda berdua telah kematian atau perceraian dengan isteri terdahulu bukan mudah untuk menerima anda sebagai pengganti ibunya. Seeloknya, hadirlah dalam kehidupan anak-anaknya sebagai teman atau rakan karib. Cuba bersikap santai dengan mereka sehingga anda dapat diterima dalam hidup mereka. Jelaskan kepada si anak, anda memang bukan ibunya dan tidak mungkin dapat menggantikan tempat ibunya, tetapi berikan keyakinan bahawa anda akan menyayanginya sebagaimana ibunya menyayanginya.

Begitu juga apabila anda sudah mempunyai anak sendiri bersama ayah mereka. Jangan sesekali membezakan layanan anak anda dengan anak tiri. Bahagikan kasih sayang anda sama rata, agar anak menghormati dan menyayangi anda.

3 – Jangan putuskan ikatan

Sebenarnya ada dua situasi duda yang mungkin salah satunya sudahpun menjadi sebab (bakal) pasangan anda bergelar duda. Pertama, duda bercerai mati dan kedua, duda bercerai hidup. Perkahwinan anda dengan dua situasi duda ini akan menimbulkan konflik yang berbeza.

Sekiranya pasangan yang anda pilih adalah duda yang ditinggalkan isteri disebabkan kematian, maka bolehlah dikatakan dia tidak gagal dalam perkahwinan. Ia juga selalunya tidak membawa trauma tertentu dalam perkahwinan anda dengannya. Hanya kenangan yang ditinggalkan oleh isterinya yang mampu membayangi hubungan anda dan suami. Sebagai contoh, suami mungkin akan membanding-bandingkan anda dengan arwah isterinya.

Memang dapat difahami sekiranya seorang duda bercerai mati masih memiliki ikatan emosi dengan arwah isterinya. Bayangkan bagaimana perasaan anda jika ditinggalkan oleh orang yang dicintai secara tiba-tiba. Sudah pasti sedih, bukan? Beginilah dengan keadaan duda yang bercerai mati.

Sebagai isteri yang terlebih dahulu sudah maklum dengan status suami ini, anda sebaiknya tidak memaksa dirinya secara serta-merta memutuskan ikatan dan kenangannya bersama arwah isterinya. Ini bukan satu tindakan yang bijak. Anda seharusnya berkongsi diri suami dengan arwah isterinya. Tetapi sekiranya kenangan dan bayangan suami terhadap isteri yang telah meninggal berlangsung terlalu mendalam dan lama, sebaiknya ada lakukanlah sesuatu. Ajak pasangan anda untuk berfikir secara realistik ke hadapan. Jangan terlalu terbawa dengan kenangan masa lalu. Ajak dirinya merancang masa depan rumahtangga anda bersama dengan dirinya.

Tetapi sebenarnya anda juga boleh memilih untuk berterus-terang. Katakan bahawa anda tidak selesa bila dibandingkan dengan bekas isterinya yang telah tiada. Jangan dipendamkan perkara sebegini, kerana pasangan anda menganggap perkara ini tidak memberi masalah kepada anda.

4 – Curiga dengan bekas isteri

Berbeza dengan duda bercerai mati, lelaki yang bercerai hidup dengan bekas isteri selalunya tidak mempunyai ikatan emosional yang terlalu mendalam dengan wanita tersebut. Anda mungkin boleh merasa lega kerana tidak punyai saingan ini.

Tetapi sudut kurang menariknya adalah, anda cenderung untuk berasa curiga tentang hubungan suami dengan bekas isterinya. Masalah juga sering kali timbul kerana anda secara sengaja atau tidak, ‘dipaksa’ terlibat dengan masalah perkahwinannya yang terdahulu. Misalnya suami anda sibuk dengan bekas isterinya gara-gara masalah menyekolahkan anak dari perkahwinan mereka.

Masalah dalam perkahwinan dengan duda yang bercerai hidup ini juga akan jadi lebih berat jika bekas isterinya kerap membayangi hubungan anda. Ia sudah semestinya amat mengganggu, tapi jangan terus marah-marah. Sebaiknya bincangkan dengan suami cara menghadapi gangguan dari bekas iserinya. Bukan dalam bentuk pergaduhan, tetapi minta nasihat daripadanya tentang apa yang sebaiknya anda lakukan.

Selain itu, pembahagian kewangan antara suami anda dan bekas isternya juga tidak dinafikan akan menjadi masalah besar jika tidak ditangani dengan bijak. Selagi anak-anak dari bekas isterinya (jika diperlihara oleh bekas isterinya) belum boleh berdikari atau berumahtangga (bagi anak perempuan), maka suami anda wajib menyara mereka. Tidak jadi masalah jika suami bergaji besar, tetapi jika sekadar cukup makan, bagaimana suami hendak menyara anda pula? Keadaan sebegini pasti mengundang masalah dalam rumahtangga anda berdua di kemudian hari. Sebagai isteri, anda harus memikirkan dan cuba memahai situasi yang bakal anda tempuhi kerana anda juga terbabit sama dalam permasalahan ini.

Kelebihan berkahwin dengan duda :

1. Lelaki ini sudah memahami selok-belok rumahtangga. Mereka akan lebih memahami masalah yang bakal ditempuhi dalam hubungan suami isteri dan punya pengalaman tentang bagaimana mahu mengatasinya.

2. Kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan dalam perkahwinan sebelumnya, sudah pasti akan menjadi rujukan berguna buat dirinya. Ðia pasti tidak mahu mengulanginya dalam rumahtangga yang baru dibina.

3. Kebiasaannya keadaan kewangan lelaki bergelar duda sudah pun cukup mantap. Inilah yang membuatkan ada wanita yang tidak kisah jika jodoh mereka bersama duda.

Kekurangan berkahwin dengan duda :

Laman-Seri tidak mempunyai pengalaman tentang hal ini, walau bagaimanapun, apa yang terlintas di fikiran ialah : Kalau berkawan dengan duda, kita patut ikhtiar mencari sedikit info (mungkin bertanya kepada ahli keluarga atau bekas isterinya), mengapa mereka bercerai. Bukanlah tujuannya untuk mencari aib orang, sebaliknya sebagai langkah berjaga-jaga. Jika dia niat baik, dia akan ceritakan tentang keburukan dia juga dan bukan hanya keburukan bekas suaminya sahaja. Agak sukar bagi seseorang itu menceritakan tentang keburukannya secara terang-terangan, jatuhlah saham, beb! Amatlah sukar untuk kita 'scan' keikhlasan manusia, betul tak?

Kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan dalam perkahwinan sebelumnya, tidak mustahil akan diulanginya dalam perkahwinan yang baru, contohnya jika dia seorang yang panas baran dan berpisah dengan bekas isteri akibat perangainya yang hodoh ini, ada kemungkinan dia akan mengulanginya, sekiranya dia tidak mengambil langkah untuk mengawal sikap buruknya.

~ Sila kongsikan point anda, jika ada ~





Followers

Related Posts with Thumbnails