Saturday, January 23, 2010

TIPS : Memahirkan diri dalam perbualan menggunakan Bahasa Inggeris

Kaedah Permulaan Perbualan

Dengan menggunakan kaedah permulaan perbualan ini, anda sebenarnya belajar cara-cara untuk memulakan sesuatu perbualan itu berdasarkan tujuan perbualan itu. Hal ini amat berkesan dan amat efektif kerana anda cuma belajar teknik untuk memulakan perbualan sahaja dan kemudian menamatkan perbualan itu mengikut kesesuaian situasi.


Tujuan 1: Menolak permintaan/pelawaan


Kadang-kadang anda berada dalam situasi anda perlu menolak sesuatu pelawaan atau apabila anda terpaksa menolak permintaan pertolongan daripada orang lain. Jika anda sekadar berkata ‘no’, maka bunyinya agak kasar dan biadab. Berikut adalah beberapa contoh permulaan perbualan untuk anda menolak sesuatu pelawaan atau permintaan dengan baik:
I’m afraid I can’t…
Saya rasa saya tak boleh…
I’m sorry, but I really…
Maafkan saya, saya memang…
Maafkan saya, saya betul-betul…
Thank you for the offer, but I need/have…
Terima kasih atas pelawaan/tawaran itu, tapi saya kena/ terpaksa…
Sorry, but I don’t particularly like ….
Maaf, tapi saya tak berapa suka/gemar…
I’d really/rather not…
Kalau boleh, saya tak nak/mahu…
Thank you, but it’s not my idea of…
Terima kasih, tapi perkara ini bukan idea yang baik untuk…
Sorry, I’m not really fond of…
Maaf, tapi saya tak gemar/tak berapa suka…
That’s very kind of you, but I really have to…
Baik hati betul awak ni, tapi saya memang/terpaksa…

Info
Lebih sopan untuk anda menyebut thank you atau sorry sebelum anda menolak sesuatu pelawaan atau permintaan. Jangan mulakan ayat anda dengan no kerana perkara ini dianggap biadab dan tidak berhemah.

Contoh pembinaan ayat
1. I’m afraid I can’t join you for lunch today. I have some urgent work to complete.
Saya rasa saya tak boleh sertai awak untuk makan tengah hari. Saya ada kerja penting yang perlu disiapkan.
2. I’m sorry, but I really am busy right now.
Maafkan saya, saya memang sibuk sekarang ini.
Maafkan saya, saya betul-betul sibuk sekarang ini.
3. Thank you for the offer, but I need/have to go home early.
Terima kasih atas pelawaan/tawaran itu, tapi saya kena/terpaksa balik awal hari ini.
4. Sorry, but I don’t particularly like watching wrestling.
Maaf, tapi saya tak berapa suka/gemar menonton gusti.
5. I’d really/rather not go shopping today. I am very tired after the game.
Kalau boleh, saya tak nak/mahu membeli-belah hari ini. Saya amat letih selepas permainan itu.
6. Thank you, but it’s not my idea of resting.
Terima kasih, tapi bukan idea yang baik untuk berehat.
7. Sorry, I’m not really fond of camping.
Maaf, tapi saya tak gemar/tak berapa suka berkhemah.
8. That’s very kind of you, but I really have to decline your offer.
Baik hati betul awak ni, tapi saya terpaksa menolak permintaan awak.


Artikel di atas dipetik daripada Bab 3: Memahirkan Diri Dalam Perbualan dengan Kaedah Permulaan Perbualan dalam buku Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris - Perbualan Sehari-hari Dalam Bahasa Inggeris. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di
www.books.perintis. com.my.

No comments:

Followers

Related Posts with Thumbnails