Sunday, September 20, 2009

TIPS : Membeli Kereta

1. Kalau nak beli kereta baru atau 2nd hand, berurusanlah di pejabat jualan. Kalau bayar deposit atau down payment secara tunai teruslah minta resit. Tp semolek2nya bayar pakai cek bagi yg ada buku cek. Di ingatkan jangan berurusan di rumah atau pejabat anda atau di mana2 selain dari pejabat jualan kerana x semua salesman/sales manager ini jujur dan amanah. Pedulikan dengan ungkapan 'kalau nak cepat dapat kereta kena bayar cash' atau x perlu dtg ke pejabat jualannya oleh sebab anda sibuk ke. Beringat sebelum terkena, wang ringgit, masa, bil telefon, parkir, rai makan minum kawan2 tuk dapat bantuan mencari salesman dsbgnya akan menambah beban. Jika anda bayar cash tanpa diberi resit, anda tidak boleh buat laporan polis kerana tiada bukti.
2. Kalau nak trade-in kereta, pastikan sykt kewangan dimaklumkan siapa, nama sykt kereta terpakai yg ambil kereta anda dan nama anda dipotong di dalam masa 2/3 bulan. Jgn biarkan atau x ambil peduli akan kereta lama anda kelak setelah sekian lama nama anda di blacklist gara2 sykt kewangan tersebut tidak sambung bayar bulanan kerna belum mendapat pembeli. Ini akan menyusahkan anda apabila hendak buat urusan lain dgn bank.
3. Satu lg jika kereta yg anda hendak trade-in diminati atau salesman/sales manager itu sendiri yg hendak beli katanya. Pastikan semua peroses penukaran nama dibuat dalam masa 1 bulan jika tidak gigit jarilah anda. Untuk pengetahuan anda, salesman/sales manager yg ala-ala ni tidak tetap bekerja di satu2 tempat. Ialah performance teruk lg pulak yg putar alam lepas 3 bulan angkat kaki. Mereka ini dah lah susah hendak cari, kereta anda pulak x boleh dijejaki atau tau2 dah ada di luar sempadan.

No comments:

Followers

Related Posts with Thumbnails