Monday, June 22, 2009

INFO : Hukum Jemputan Kenduri Akikah bagi bukan Islam


Salam semua.

Sekadar berkongsi ilmu Allah. Hukum jemputan kenduri Akikah orang bukan Islam ke rumah kita.

Jawapan : Dari segi hukum orang bukan Islam memang x boleh makan daging Akikah. Bagi yang menggunakan teknik hidangan lauk pauk kepada tetamu x jadi masalah kerana kita boleh asingkan lauk akikah dengan lauk biasa. Tetapi sekiranya majlis tersebut diadakan secara buffet, bagaimanakah caranya?? Jawapan yg saya terima daripada seorang ulama (bekas Mufti Negeri), beliau menjelaskan seperti berikut : kita mestilah membeli daging lain yang sama jenis (binatang akikah) yang segar (bukan daging kotak) melebihi anggaran yang dimakan oleh orang bukan Islam. cth..sekiranya orang bukan Islam makan sebanyak 1/2 kilo (anggaran).. kita perlulah membeli sebanyak 1 kilo sebagai ganti kepada yg dimakan oleh orang bukan Islam.

caranya : i) Dimasak sekali dengan daging akikah yg asal (cth. Seekor kambing akikah + 1 kilo daging kambing segar (bukan daging kotak) sebagai ganti kepada bilangan yang dimakan oleh orang bukan Islam tadi).

ii) Beli 1 kilo daging yang sama jenis yang segar (binatang akikah ) dan sedekahkan kepada golongan fakir miskin sebagai ganti bilangan yang dimakan oleh orang Bukan Islam tadi. Wallahualam.

No comments:

Followers

Related Posts with Thumbnails